Saturday, December 12, 2009

BN: BARANG NAIK!!

BN: BARANG NAIK!!

Posted on Februari 17, 2008 by HermanSamsudeen
Munculnya tahun 2008, semakin bertambah risaulah rakyat!

Ini kerana berbagai agensi dan pihak swasta makin galak mencongak kenaikan tarif, cukai bayaran, taksiran serta membayangkan kenaikan-kenaikan yang mereka akan kenakan terhadap rakyat.

Kadar kenaikan 6 buah tol diumumkan pada Rabu 28 November 2007 iaitu antara 7% hingga 50% dari kadar sebelumnya (Berita Harian, 29 Nov 2007: 1).

Harga petrol dan gas juga dijangka akan naik sebaik BN diberi mandat semula yang kenaikannya mungkin antara 30 hingga 60 sen seliter. (The Star, 18 Sept 2007:1, Utusan Malaysia, 18 Okt 2007: 8).

Tarif elektrik akan turut naik menurut kenaikan harga minyak dan gas di pasaran tempatan dan global (Utusan Malaysia, 20 Okt 2007: 1).

Tarif air juga dijangka naik sebanyak 37% (Utusan Malaysia, 10 Okt 2007: 14).

Caj-caj bagi perubatan dan rawatan di hospital terutama di hospital swasta akan meningkat antara 10% – 20% (New Straits Times, 29 Nov 2007: 48). Skim Penswastaan Pembiayaan Perubatan dan

Kesihatan dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya pada Ogos 2008

Tambang teksi pula akan turut naik antara 100% hingga 600% sebagaimana dituntut (Harakahdaily, 4 Okt 2007: 1).

Banyak lagi kenaikan yang tidak tersurat yang bakal memerangkap pengguna.

Selepas diumumkan kenaikan gaji kakitangan awam oleh pihak kerajaan harga barang-barang terus naik. Contoh kenaikan barang-barang sebelum dan selepas Mei dan Julai 2007 hingga kini hasil dari tinjauan di beberapa kedai runcit dan maklumat-maklumat tertulis ialah:

*
Tepung dari RM1.65 (satu kg) kepada RM2.80
*
Susu tepung dari RM10.49 (700gm) kepada RM11.89 (dikurangkan 600gm)
*
Kopi segera dari RM9.90 (bungkus 200gm) kepada RM14.00
*
Milo sekilo dari RM11.90 kepada RM15.90
*
Sardin dari RM5.00 (425gm) kepada RM5.49
*
Sos cili dari RM2.09 (500gm) kepada RM2.39
*
Bawang besar dari RM1.20 sekilo kepada RM2.00
*
Bawang kecil dari RM4.00 kepada RM6.00
*
Kacang dal seguni dari Rm20.00 kepada RM40.00
*
Mee dari RM2.39 (sebungkus 5×80g) kepada RM2.89
*
Kordial oren dari RM9.19 (840ml) kepada RM9.69
*
Susu UHT dari RM4.99 kepada RM5.99
*
Margerin dari RM7.99 (1kg) kepada RM8.99
*
Kraker berkrim dari RM2.39 (500gm)kepada RM2.79
*
Krimer manis dari RM1.86 (505gm) kepada RM2.25
*
Biskut setin dari RM7.50 kepada RM9.00
*
Beras wangi dari RM18.99 (10kg) kepada RM19.99

Kenaikan harga barang-barang ini membawa kesan berangkai. Misalnya kenaikan harga tepung mengakibatkan kenaikan harga kuih-muih dan roti yang dibuat dari tepung. Harga roti Gardenia dari RM1.90 sebungkus (400gm) kepadaRM2.10, kuih dulu 3 biji RM1.00 menjadi RM1.20 dengan saiz yang lebih kecil.

Jika ke pasar basah, pasar malam atau pasar tani kenaikan barang-barang juga ketara seperti berikut:

*
Daging lembu yang dahulu RM16.00 sekilo kini RM20.00
*
Ikan kembung RM6.00 sekilo menjadi RM10.00
*
Ikan cencaru RM7.00 sekilo menjadi RM11.00
*
Ikan tenggiri RM16.00 sekilo menjadi RM19.00
*
Ikan jenahak RM17.00 sekilo menjadi RM20.00
*
Ikan bawal hitam RM15.00 sekilo menjadi RM18.00
*
Ikan parang RM14.00 sekilo menjadi RM17.00
*
Ikan kerapu RM17.00 sekilo menjadi RM20.00

Dasar kerajaan Umno-BN yang pincang dan berat sebelah adalah punca kegagalan mengawal kenaikan harga barang. Dasar pengkorporatan, pengswastaan dan perjanjian konsesi berat sebelah telah menjadikan harta negara dan wang rakyat sebagai milik syarikat yang dikuasai oleh para kroni. Kroni-kroni ini pula mempunyai hubungan yang amat istimewa dengan pemimpin-pemimpin Umno-BN.

Kenaikan harga barang dan inflasi memang mencengkam rakyat. Sebarang usaha yang dilakukan oleh rakyat seperti penjimatan dan berbelanja secara hemah tidak mungkin akan dapat mengatasi himpitan yang mereka hadapi selagi mana dasar pincang Umno-BN terus menguasai kehidupan rakyat.

Cara paling berkesan adalah dengan menggantikan Umno-BN dengan Barisan Rakyat yang terdiri dari PAS&PKR dalam Pilihanraya yang akan dating kerana kami menawarkan penurunan harga minyak dan ketelusan serta mendahului kepentingan rakyat.

Ubahlah Sebelum Parah. Ubah Demi Maruah! Kerajaan ADIL,BERSIH serta BERAMANAH dan NEGARA BERKEBAJIKAN.

Difailkan dalam: Ekonomi, Pilihanraya

No comments:

Post a Comment