Saturday, December 12, 2009

Bagaimana nak capai kemiskinan sifar sedangkan pemimpin tak amanah?

Dasar ekonomi baru memang bagus.Tujuannya amat cantik dan menarik...tapi dari segi implementasi tak 100% sempurna.Ini kerana terdapat segelintir pemimpin yang tak amanah terhadap tanggungjawab yang diberikan.Bila mana seoarang itu dilantik sebagai pemimpin mereka perlu berlaku adil pada semua rakyatnya.Jika rakyat tidak dapat keadilan maka dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan tidak akan dapat dimanaafat oleh oleh rakyat.Kita nampak negara maju tapi sekarang barang naik..naik dan naik takkan turun...gaji tak juga naik....inflasi bertambah.Cuba bayangkan jika kita mempunyai yang memimpin yang adil maka negara kita akan maju kemiskinan sifar akan terjadi...ikutilah para sahabat nabi s.a.w..ikutilah rasullullah s.a.w. hidup mereka sangat sederhana...bukan mereka tak nak kaya tapi mereka pilih gaya hidup yang sederhana.Duit yang disalurkan oleh kerajaan kekadang tak sampai kepada orang berhak.Dunia ini orang sering tuntut hak...sedangkan dalam islam kita kena tunaikan hak terhadap orang yang berhak....lebih baik dari itu kita kena muliakan seorang itu sebab iman yang ada pada diri mereka....wahai para pemimpin tunaikan hak anda kepada rakyat....turunlah selalu ketempat yang mengundi anda...jangan pilih bulu...berkhidmat untuk rakyat.....pantaulah segala peruntukan yang anda salurkan...janganlah guna hak rakyat...untuk keperluan anda usahalah sendiri dan jangan ambil jalan pintas....guna tulang 4 kerat anda untuk rakyat dan islam....bangunlah pemimpin negaraku malaysia....tak kira anda dari BN ataui PAS bantulah rakyat kerana hak mereka di tangan anda.....Allah maha melihat perbuatan anda........keluh kesah dari rakyat yang sayangkan Islam dan negaraku....

Rakyat akan terhimpit bila barang lain turut naik harga - Dr Mariah

Rakyat akan terhimpit bila barang lain turut naik harga - Dr Mariah

Salmiyah Harun
Thu | Jun 05, 08 | 5:31:21 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Kenaikan harga petrol sebanyak 40 peratus akan terus menghimpit kehidupan rakyat negara ini tambahan pula mereka dari hari ke hari agak sukar untuk mendapatkan duit ekoran pekerjaan yang diboloti oleh warga asing.

Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Pusat Dr Mariah Mahamud ketika dihubungi berkata, rakyat negara ini saban hari terbeban dengan kenaikan minyak dan akibatnya pasti akan mendorong kenaikan harga barangan lain.

"Apabila minyak naik, barang keperluan akan naik, tambang pun pasti akan naik, sedangkan pendapatan rakyat tidak berubah dan sukar pula mencari pendapatan ekoran banyak kilang-kilang lebih senang menggunakan pekerja daripada warga asing menyebabkan ini menyukarkan rakyat tempatan mendapatkan pendapatan tambahan," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau percaya rakyat negara ini akan 'mengamuk' suatu hari nanti apabila kerajaan tidak melakukan sebarang mekanisme untuk mengurangkan bebanan dan tanggungan rakyat ekoran kenaikan minyak ini.

Beliau turut mengeluh, apabila ditanya apakah rakyat boleh menghadapi kenaikan ini dengan mengubah cara hidup.

Dengan satu cara, Mariah mendesak kerajaan meningkatkan pendapatan rakyat negara ini supaya jumlah kemiskinan tidak akan meningkat.

"Jika kerajaan tidak melakukan perkara ini, ia sekali gus akan meningkatkan jumlah kemiskinan dan keadaan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa," katanya.

Katanya, jika kerajaan memberi pendapatan yang tinggi dan dalam masa yang sama ada kenaikan petrol rakyat mungkin tidak terlalu terbeban.

Dalam pada itu, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dalam kenyataannya, mengecam tindakan kerajaan meningkatkan harga minyak dalam masa yang sama dunia sedang menghadapi krisis makanan.

Menurut Jerit, pembayaran rebet sebanyak RM625 dan RM150 kepada rakyat yang kononnya akan mengurangkan beban adalah tidak tepat sama sekali.

Katanya, rebet itu tidak memberi apa-apa makna kerana kos hidup rakyat akan naik 100 peratus dengan kenaikan itu akibatnya rantaian (chain reaction) berubah apabila harga minyak naik.

Jerit turut mencabar kerajaan agar mendedahkan akaun Petronas kepada rakyat negara ini, memandangkan keuntungan Petronas boleh digunakan untuk subsidi petrol untuk rakyat.

"Semua harga barangan naik, tetapi gaji tidak naik sama sekali, apabila rakyat tuntut akta gaji minimum kerajaan kata tidak boleh kerana dibimbangi berlaku inflasi.

"Tetapi bila kapitalis tuntut harga petrol naik kerajaan membenarkan, tidak apa sebab inflasi naik sedikit sahaja, jelas di sini kerajaan ini hanya pentingkan kapitalis dan bukan rakyat jelata," rungut mereka.

Justeru kata Jerit, kerajaan Barisan Nasional hanya mementingkan keuntungan dan bukannya kebajikan rakyat. - mns _

Jangan bohong ekonomi baik jika harga barang asyik naik

Jangan bohong ekonomi baik jika harga barang asyik naik

Intan Abdullah
Wed | May 16, 07 | 2:10:59 pm MYT

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Dakwaan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik adalah satu pembohongan yang besar kerana mereka sendiri gagal mengawal harga barangan yang melambung tinggi mutakhir ini.


Hal ini secara tidak langsung mencerminkan kelemahan kerajaan yang tidak menjaga kebajikan rakyat sehingga membiarkan rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan tersebut yang disumbangkan oleh kenaikan harga minyak terdahulu.

Pengerusi Lajnah Pengguna damn Alam Sekitar PAS Pusat, Mahfuz Omar menggambarkan satu keadaan yang akan menyebabkan berlakunya inflasi yang memberi kesan kepada krisis ekonomi yang lebih buruk.

"Saya melihat keadaan tersebut akan mengurangkan kuasa beli pengguna kerana duit tidak akan berpindah tangan yang secara tidak langsung ia akan menjejaskan ekonomi pada jangka masa panjang," katanya lagi.

Menurut beliau harga barangan bukan kawalan turut menjangkiti simptom kenaikan ini sedangkan ia masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.

"Saya bimbang kemungkinan akan berlaku kenaikan secara melambung selepas pengumuman secara rasmi dibuat," katanya ketika dihubungi oleh Harakahdaily

"Kecuali kerajaan BN memberi resepi 'rebus batu' dan 'goreng tahi kambing' yang tidak menggunakan bahan-bahan asas yang tidak mengalami kenaikan harga sebagai penyelesaian kepada masalah ini," guraunya lagi.

Beliau menempelak tindakan kerajaan yang dilihat lebih memihak kepada pengilang dan pengusaha industri tanpa mempedulikan implikasi kepada masyarakat pengguna sedangkan beliau berpendapat penggunalah yang menentukan pertumbuhan ekonomi negara.

Ini kerana, ujarnya kerajaan lebih melayan kehendak pengeluar dan pengusaha industri walaupun hakikatnya kuasa membeli terletak di tangan pengguna.

Dalam pada itu, apabila ditanya tentang tindakan yang akan diambil oleh pembangkang beliau berkata mereka hanya boleh mengaturkan tindakan dengan membuat bantahan tetapi pihak yang berkuasa menyelesaikan keadaan ini ialah kerajaan sendiri.

Mahfuz turut mencadangkan agar peniaga kecil dan persatuan pengguna melakukan bantahan secara lebih menyeluruh bagi memastikan sesuatu akan dilakukan oleh mereka.

Kerajaan katanya, tidak pernah mengendahkan bantahan serta tuntutan yang dibuat oleh pihak Barisan Alternatif bahkan mereka hanya takut kepada bantahan daripada masyarakat industri tidak peduli apa yang rakyat rasa kerajaan yang tidak punya rasa peduli kepada rakyat

Kenaikan harga barang semakin keterlaluan

Sementara itu Penasihat Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Prof Datuk Dr Hamdan Adnan, merasakan kenaikan harga barang pada tahap yang keterlaluan.

"Kesan kepada pengguna adalah apabila kerajaan mengumumkan gaji kakitangan kerajaan akan dinaikkan, maka peniaga-peniaga berlumba-lumba menaikkan harga barangan secara tidak waras sedangkan gaji belum pun diperolehi, tapi harga sudah naik kerana tidak semua pengguna adalah kakitangan kerajaan," katanya yang juga bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(suhakam).

Menurut beliau, apa yang penting pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memantau hal ini, kerana barangan yang naik harga bukan sahaja barangan kawalan, bahkan barangan yang tidak berada dalam kategori itu.

Dr Hamdan turut mencadangkan agar kerajaan mengadakan pertemuan dengan dewan perniagaan melayu, cina ataupun kesatuan peniaga-peniaga supaya tidak keterlaluan dalam keghairahan menaikkan harga setelah khabar kakitangan awam akan dinaikkan gaji.

Di samping itu, Fomca menyarankan agar pengguna menggunakan kuasa mereka untuk menunjukkan kepada peniaga bahawa mereka sangat berkuasa dalam menentukan harga barangan di pasaran.

"Kalau berbelanja secara berhemah, insha Allah apa yang berlaku tidak mendatangkan kesan kepada pengguna," kata beliau semasa dihubungi pagi tadi.

Justeru katanya, peniaga diingatkan agar dapat mengawal kenaikan harga tersebut tanpa memperlihatkannya secara tidak waras dan drastik.

Dr Hamdan juga menyatakan bahawa pengguna pada kebiasaanya bersifat pendek ingatan, iaitu pada peringkat awal sahaja mereka mengambil sikap berjimat cermat seperti membawa bekalan makanan bagi mengurangkan perbelanjaan.

Untuk itu, mereka disarankan supaya mengamalkan sifat bestari dan lestari yakni mengamalkan gaya hidup yang tidak membebankan alam sekitar bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Sungguhpun begitu, harapan beliau agar semua pihak harus turut sama berperanan untuk menetapkan harga yang waras di pasaran. - mr _

BN: BARANG NAIK!!

BN: BARANG NAIK!!

Posted on Februari 17, 2008 by HermanSamsudeen
Munculnya tahun 2008, semakin bertambah risaulah rakyat!

Ini kerana berbagai agensi dan pihak swasta makin galak mencongak kenaikan tarif, cukai bayaran, taksiran serta membayangkan kenaikan-kenaikan yang mereka akan kenakan terhadap rakyat.

Kadar kenaikan 6 buah tol diumumkan pada Rabu 28 November 2007 iaitu antara 7% hingga 50% dari kadar sebelumnya (Berita Harian, 29 Nov 2007: 1).

Harga petrol dan gas juga dijangka akan naik sebaik BN diberi mandat semula yang kenaikannya mungkin antara 30 hingga 60 sen seliter. (The Star, 18 Sept 2007:1, Utusan Malaysia, 18 Okt 2007: 8).

Tarif elektrik akan turut naik menurut kenaikan harga minyak dan gas di pasaran tempatan dan global (Utusan Malaysia, 20 Okt 2007: 1).

Tarif air juga dijangka naik sebanyak 37% (Utusan Malaysia, 10 Okt 2007: 14).

Caj-caj bagi perubatan dan rawatan di hospital terutama di hospital swasta akan meningkat antara 10% – 20% (New Straits Times, 29 Nov 2007: 48). Skim Penswastaan Pembiayaan Perubatan dan

Kesihatan dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya pada Ogos 2008

Tambang teksi pula akan turut naik antara 100% hingga 600% sebagaimana dituntut (Harakahdaily, 4 Okt 2007: 1).

Banyak lagi kenaikan yang tidak tersurat yang bakal memerangkap pengguna.

Selepas diumumkan kenaikan gaji kakitangan awam oleh pihak kerajaan harga barang-barang terus naik. Contoh kenaikan barang-barang sebelum dan selepas Mei dan Julai 2007 hingga kini hasil dari tinjauan di beberapa kedai runcit dan maklumat-maklumat tertulis ialah:

*
Tepung dari RM1.65 (satu kg) kepada RM2.80
*
Susu tepung dari RM10.49 (700gm) kepada RM11.89 (dikurangkan 600gm)
*
Kopi segera dari RM9.90 (bungkus 200gm) kepada RM14.00
*
Milo sekilo dari RM11.90 kepada RM15.90
*
Sardin dari RM5.00 (425gm) kepada RM5.49
*
Sos cili dari RM2.09 (500gm) kepada RM2.39
*
Bawang besar dari RM1.20 sekilo kepada RM2.00
*
Bawang kecil dari RM4.00 kepada RM6.00
*
Kacang dal seguni dari Rm20.00 kepada RM40.00
*
Mee dari RM2.39 (sebungkus 5×80g) kepada RM2.89
*
Kordial oren dari RM9.19 (840ml) kepada RM9.69
*
Susu UHT dari RM4.99 kepada RM5.99
*
Margerin dari RM7.99 (1kg) kepada RM8.99
*
Kraker berkrim dari RM2.39 (500gm)kepada RM2.79
*
Krimer manis dari RM1.86 (505gm) kepada RM2.25
*
Biskut setin dari RM7.50 kepada RM9.00
*
Beras wangi dari RM18.99 (10kg) kepada RM19.99

Kenaikan harga barang-barang ini membawa kesan berangkai. Misalnya kenaikan harga tepung mengakibatkan kenaikan harga kuih-muih dan roti yang dibuat dari tepung. Harga roti Gardenia dari RM1.90 sebungkus (400gm) kepadaRM2.10, kuih dulu 3 biji RM1.00 menjadi RM1.20 dengan saiz yang lebih kecil.

Jika ke pasar basah, pasar malam atau pasar tani kenaikan barang-barang juga ketara seperti berikut:

*
Daging lembu yang dahulu RM16.00 sekilo kini RM20.00
*
Ikan kembung RM6.00 sekilo menjadi RM10.00
*
Ikan cencaru RM7.00 sekilo menjadi RM11.00
*
Ikan tenggiri RM16.00 sekilo menjadi RM19.00
*
Ikan jenahak RM17.00 sekilo menjadi RM20.00
*
Ikan bawal hitam RM15.00 sekilo menjadi RM18.00
*
Ikan parang RM14.00 sekilo menjadi RM17.00
*
Ikan kerapu RM17.00 sekilo menjadi RM20.00

Dasar kerajaan Umno-BN yang pincang dan berat sebelah adalah punca kegagalan mengawal kenaikan harga barang. Dasar pengkorporatan, pengswastaan dan perjanjian konsesi berat sebelah telah menjadikan harta negara dan wang rakyat sebagai milik syarikat yang dikuasai oleh para kroni. Kroni-kroni ini pula mempunyai hubungan yang amat istimewa dengan pemimpin-pemimpin Umno-BN.

Kenaikan harga barang dan inflasi memang mencengkam rakyat. Sebarang usaha yang dilakukan oleh rakyat seperti penjimatan dan berbelanja secara hemah tidak mungkin akan dapat mengatasi himpitan yang mereka hadapi selagi mana dasar pincang Umno-BN terus menguasai kehidupan rakyat.

Cara paling berkesan adalah dengan menggantikan Umno-BN dengan Barisan Rakyat yang terdiri dari PAS&PKR dalam Pilihanraya yang akan dating kerana kami menawarkan penurunan harga minyak dan ketelusan serta mendahului kepentingan rakyat.

Ubahlah Sebelum Parah. Ubah Demi Maruah! Kerajaan ADIL,BERSIH serta BERAMANAH dan NEGARA BERKEBAJIKAN.

Difailkan dalam: Ekonomi, Pilihanraya

Yuran makan asrama naik

Yuran makan asrama naik
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my

Kos RM3 sehari untuk ibu bapa pendapatan lebih RM5,000 sebulan

KUALA LUMPUR: Yuran makan asrama bagi pelajar yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan dinaikkan daripada RM1 kepada RM3 mulai tahun depan.

Kenaikan 200 peratus itu membabitkan murid di asrama harian, sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah teknik dan vokasional, sekolah sukan, sekolah seni dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negara.

Ia sebahagian daripada strategi dan langkah penjimatan Kementerian Pelajaran selepas peruntukan bantuan persekolahan pada tahun depan dikurangkan berbanding tahun sebelum ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata selain itu, bilangan hari bagi bayaran yuran makan asrama turut dikurangkan sebanyak 50 hari daripada 250 kepada 200 hari.

Bagaimanapun, katanya, ibu bapa atau penjaga dengan jumlah pendapatan RM4,999 sebulan ke bawah kekal RM1 sehari.

"Murid di asrama sekolah pendidikan khas kekal dikecualikan daripada membayar yuran makan dengan bilangan hari dikurangkan daripada 270 kepada 220 hari.

"Asrama murid Orang Asli, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), asrama desa dan asrama di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga dikecualikan daripada membayar yuran makan dengan bilangan hari dikurangkan daripada 250 kepada 200 hari," katanya dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2009 berhubung pindaan yuran makan asrama yang disiarkan di laman web Kementerian Pelajaran semalam.

Alimuddin berkata, ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pelajaran yang dipengerusikan Menteri Pelajaran dan Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran pada 30 Oktober lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Dr Haili Dolhan, ketika dihubungi berkata, kenaikan itu tidak membebankan ibu bapa atau penjaga kerana ia hanya membabitkan pelajar daripada keluarga yang berpendapatan tinggi.

"Langkah ini akan mengurangkan bayaran subsidi kerajaan untuk yuran makan dan pada masa yang sama, ibu bapa yang berkemampuan boleh memberikan sumbangan.

"Walaupun yuran dinaikkan, subsidi kerajaan bagi makanan di asrama sebenarnya masih tinggi kerana peruntukan bayaran makan bagi seorang pelajar adalah antara RM8 hingga RM12 sehari," katanya.

Beliau berkata, bilangan hari bagi pembayaran yuran makan untuk semua jenis asrama dikurangkan 50 hari selepas menolak semua hari cuti, termasuk cuti kelepasan am dan peruntukan cuti hujung minggu untuk pelajar pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, jika subsidi makan yang diperuntukkan kerajaan untuk mana-mana asrama tidak mencukupi berikutan hari pelajar berada di sekolah melebihi daripada hari yang ditetapkan, pihak sekolah boleh memohon peruntukan tambahan.